Tuesday 31 March 2015

Autumn at Seoul & Busan : Cappadosia Turkish Kebab House Busan (HALAL)

Assalamualaikum dan salam ceria semua reader blog JM,


Apa nak jadi dengan JM ni kan...update blog secara tak konsisten...niat di hati nak habiskan entri Korea sebelum masuk bulan April 2015 tetapi tidak kesampaian. Rasanya baru je update..rupanya tidak...sudah 7 hari berlalu huhuhuh

JM ambil mood untuk menulis selepas terima komen dari rakan reader TEGAR ....siapa?

Kalau korang dapat komen mcm ni apa korang rasa..kalau JM? TERUJA! eheheheheh
Siapa tak kenal blogger Scdha Sein a.k.a SS ni...jika belum kenal, sila klik nama beliau di panel sebelah kanan tu. 

Okey..jom ikut JM jalan-jalan di Busan untuk hari pertama. 

Ini adalah sambungan dari entri Sam Wong Jang Guest House

Ingat lagi tak kami terpongeh angkat beg troli masing-masing berat 20kg tu ke tingkat 3?

Masuk bilik kami tunaikan dulu kewajipan kepada yang maha ESA, PENAT sangat!....rehatkan badan sekejap, stretching sikit-sikit then kami decide nak pegi makan tengahari.

Tapi sebelum tu ramai yang tanya pada JM...apa yang menarik di Busan, berapa lama nak stay kat sana? hurmmm.....pada pendapat JM...3 hari 2 malam sudah mencukupi or 4 hari 3 malam. Jika lebih dari tu maybe akan rasa bosan..itu JM lah...

Tuesday 24 March 2015

Orang KOREA baca blog Jari Manis?


Assalamualaikum sahabat reader sekalian,


Tajuk entri GEMPAK tak?

Aahahaah...seperti biasa tajuk haruslah ada daya 'tarikan magnet'

Semalam JM ada terima komen dari Kay Dolce penulis blog The Cosmos Wanderer

Komen dari Kay Dolce
Apa yang menarik perhatian JM adalah ayat ini :

"Btw, Kak JM hari tu lagi saya nak tanya, akak tau tak kedai Arirang kat Doota! tu ada tampal entry blog akak kat kedai diorang?"

Lepas baca komen tu terus JM teringat entri yang pernah JM publish sebelum ni. Tajuk entri tu Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (1)

Terus terdetik perasaan risau di hati kerana lelaki kacak yang boleh cakap melayu Indon tu ada pesan kepada JM kalau boleh jangan publish gambar di dalam kedai Arirang tu kerana risau design cenderahati akan di 'duplicate' oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Terus JM emailkan kepada Kay Dolce berkenaan komen yang beliau tinggalkan dan akhirnya persoalan tu terjawab..Baru rasa senang di hati.

Ini jawapan email dari kak Dolce :

"Salam kak JM,

Eh jgn risau lah, diorang tampal part akak promote kan kedai diorang murah. Saya tanya adik kedai tu dia kata blogger femes Mesia pun recommend kedai Arirang ni. 

So it's a positive thing la kak JM, jangan risau."

Terus JM senyum sampai ke telinga heheheeh...tapi part blogger femes msia tu JM x pasti Kay yang tulis or memang adik kedai Korea tu yang cakap ahahaha....kalau betul adik Korea tu yang cakap memang tertetas jahitan kain batik JM ni ehehehehe.

So JM terpikir, di mana staff kedai Arirang ni dapat entri blog tu, maybe diorang try google : arirang shop Doota dan korang nak tahu display outputnya :

Entri berkaitan kedai Arirang di tangga ke 2  - blog Jari Manis
Apabila klik sahaja link itu akan bawa kepada entri nih :

Ini adalah entri dari blog JM pada 30 November 2014
TETAPI di bawah ini adalah entri blog JM yang telah di CETAK oleh staff kedai Arirang dan di tampal di dalam kedai mereka as a promotion seperti kata Kay Dolce. Promosi kepada tourist from Malaysia. Kay telah ke Korea pada Jan 2015 dan this picture taken on 28 Jan 2015. 

JM rasa terharu kerana niat di hati untuk war-warkan kedai ini kepada umum tercapai. Tidak di nafikan harga souviner di kedai Arirang Souviner Shop amat berpatutan dan lebih murah dari Namdaemun Market.

jarimanistravel.blogspot.kr
Terima kasih kepada Kay Dolce kerana take this pic.

Nampak tak garisan merah di bawah ayat "Arirang shop jauh lebih murah"...tahu pulak dorang baca apa yang JM tulis tu kan..siap buat garisan merah tu.......eheheheeh. Tapi itu bukan ayat BODEK ye..JM tulis dengan ikhlas kerana setelah di bandingkan harga antara Arirang dan Namdaemun Market, kedai ni ternyata lebih murah.

Arirang Souviner Shop,
No 52, level 5,
Doota Mall

Apa-apa pun terima kasih kepada staff kedai Arirang, jika ada rezeki kita jumpa lagi ye. Tapi tak pasti sama ada semasa JM ke sana lagi kertas tu dah tanggal. Entah mereka kenal ke tidak JM yang mana satu kan tapi itu semua tak penting yang pasti JM sukaaaaaaaa ehehehehe.

Itu je nak cite sebenarnya heheeheh. POYO lah JM nihhhhhh

Monday 23 March 2015

Autumn at Seoul & Busan : Sam Wong Jang Guest House

Assalamualaikum dan salam sayang semua reader blog Jari Manis,


Okey! nak ikut JM expore Busan tak? Jom!

Ingat lagi tak, last entri JM stop di Busan station kan, so ke mana kami lepas tu?

Tapi sebelum tu JM nak kongsi sedikit Info, esok Air Asia akan buat FREE SEAT sale again dan berita baik nya harga tiket sangat murah kerana serendah RM35 untuk ke Lombok. Trip balik kampung Seoul dan Busan serendah RM199...Gila murah!!!

Semalam, 22 hb Mac FREE Seat sale for one day priority kepada mereka yang menjadi ahli kepada BIG dan JM salah sorang daripada nya. Alhamdulillah dapat grab 1 tiket untuk tahun 2016.

Jika bayar menggunakan kad kredit RM209 tapi JM bayar Online RM199 sahaja
Okey..jom sambung trip Busan, perlu habiskan sebelum end of March..agaknya tercapai tak hasrat JM ni

Tuesday 17 March 2015

Autumn at Seoul & Busan : Going to BUSAN by KTX Train

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Jom..ikut JM ke Buuuuuu San

Korang tahu tak BUsan ni kat mana? tak tahu? okey meh JM nak kabo!

Bila sebut Busan ..JM lak BOSAN...bosan nak up sambungan entri Korea ni, ye lah trip on Oktober last year almost 5 month belum tamat...reader pun dah semakin bosan uhuhuh.

Apa yang berlaku sepanjang trip semakin hilang dari ingatan , jadi terima lah seadanya ye. Next time kalau ada trip lagi, plan nak bawa notebook, balik malam je terus draft...ahahahaah..gigih tak?

Day 8 - 30 Oktober 2014 : From Seoul Station to Busan Station

Are you ready nak follow JM ke BUSAN?
Okey...lets' Go!!
Hari ini hari terakhir kami di Seoul dan akan gerak ke Busan for antoher 3 days...3 days? mahu sebulan lagi baru TAMAT cite BUSAN ni kan hohohoho

Thursday 5 March 2015

Jangan BACA! cite ni tak BEST!!!

Assalamualaikum!!!!



Aku tanya apa khabar....aku tanya apa KHABAR!!! aku tanya apa KHABAR SEMUA...........

















Jangan baca, nanti NYESAL!!!!



Ada juga yang nak baca ke?

Tuesday 3 March 2015

Top COMMENTAR Februari 2015

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Ahaaaaa....sudah masuk bulan Mac

Apabila datang nya bulan baru setiap blogger akan publish entri berkaitan Top Commentar of the MONTH, begitu juga JM sebagai tanda PENGHARGAAN dan TERIMA KASIH kepada semua reader yang tidak pernah jemu-jemu dan bosan untuk bertandang ke 'teratak' Jari Manis Travel List.

Korang perasan tak Header ni 30 My Lovely Readers Feb - Apr 15?

Jika sebelum ni JM akan memberi penghargaan dalam bentuk small gift kepada 10-15 Top Commentar of the month SETIAP BULAN dan kekadang orang yang sama tersenarai. So untuk 'fair' kepada reader yang lain JM telah ambil keputusan untuk memberi small gift kepada 30 rakan reader yang rajin meluangkan masa di sini bagi Bulan Februari hingga April 2015. Ini bermakna pada Awal Mei 2015 akan terdapat 30 orang blogger or Top Commentar yang akan menerima small gift tersebut.

Ini antara senarai yang telah menjadi Top Commentar pada bulan Februari dan adakah orang yang sama pada bulan Mac nanti? Tunggu!!!

Tak dapat di sangkal lagi Scdha Sein (SS) menjuarai takhta untuk bulan Februari ..terima kasih SS..itu sebab JM juga ingin menjuarai 'kerusi pertama' di blog beliau hihihih. Sekali beliau datang tinggalkan komen berpuluh komen dalam 1 entri...So kepada yang belum kenal si cantik manis SS sila terjah blog beliau, JM jamin korang tak rugi.

Tak lupa juga kepada mereka ini ZF, CT, Farrah, Rose, Anis, Norsalihah, Luna Paris dan Dr Shikin. Mereka juga tidak kurang HEBATnya suka melepaskan BOMMmmm di blog JM..terima kasih!!!

PART yang paling KELAKAR adalah..bilangan entri bulan Feb hanya 6 sahaja, mana datang nya bilangan komen beratus-ratus nih hahaha...ini adalah ruang untuk 'berchating'..so tiada halangan.

psst : bukan bilangan komen terbanyak yang JM harapkan tetapi pembaca yang setia.

Top 1 to 10 Commentar
Ini pula Top Commentar di kedudukan no 11 hingga 30. Tidak kisah korang di kedudukan yang ke berapa yang penting JM sangat hargai kehadiran kalian di sini.

Top 11 to 30 Commentar
Kepada nama yang tersenarai terima kasih dan bagi yang tiada dalam list jangan berkecil hati ye, JM tetap hargai dan akan terjah blog korang tu..So get READY!!! Tanpa rakan reader sekalian siapalah JM as a blogger, kecuali menulis syok sendiri hikss.

JM harap tiada yang akan salah sangka dan berkata begini :

"Alaaaah JM tu, umpan reader dengan gift, itu sebab ramai yang datang tinggalkan komen"

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang, tidak terdetik langsung di hati untuk mengumpan sesiapa sahaja atau tinggalkan komen di sini dengan memberi sesuatu. JM beri dengan ikhlas hati sebagai tanda penghargaan. Tanda terima kasih di atas masa yang mereka luangkan walaupun kadang kala entri yang di 'publish' agak membosankan tetapi mereka tetap setia di sini.

Bukan bilangan komen yang di kejar tetapi hubungan ukhuwah dan persahabatan sesama kita. Jika JM ada menyakitkan hati sesiapa JM mohon maaf ye..Ehh..tiba-tiba pulak beremosi heheeheh..Ini lah kesan nya kalau lama tak travel..

Small gift di beli hasil dari pendapatan Nuffnang yang tidak seberapa tetapi Alhamdulillah boleh di rasai bersama.

JM juga tahu mereka datang dengan hati yang ikhlas tidak mengharapkan apa-apa balasan..so i love all my readers...semoga tiada persengketaan antara kita, semoga ukhuwah di alam maya terus berpanjangan. Amin

Terima kasih kepada mereka yang terus setia bersama Jari Manis Travel List dan setiap kunjungan anda akan di BALAS. In Sha Allah

Gift untuk Top Commentar Jan 2015 akan di pos tak lama lagi.

Jumpa lagi di lain siaran, bye.

NUFFNANG