Wednesday 31 December 2014

Last Trip in 2014 : Quick Start


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

Lamanya JM tak update blog, harapan di hati agar masih ada yang sudi singgah dan setia bersama blog JM :-) Tanpa sokongan dari kalian siapalah JM di sini. Hamboii JM..ayat mohon simpati ke hihihi.

Semua tahu JM baru balik dari Trip ke Northern Thailand bersama rakan travel baru dan pertama kali juga travel bersama mereka, siapa yang tidak kenal travel blogger yang JM kagumi (ni bukan ayat bodek tau, ini ikhlas dari hati) saudari Zilla penulis blog It's All About My Life , Pencerita Maya - penulis blog Ini Cerita Saya dan 2 orang rakan lain Nik dan En AB.

Untuk makluman semua, ini adalah entri intro/pengenalan, cerita penuh akan JM update selepas selesai story trip to Seoul-Busan, Korea.

Trip kali ini melibatkan bandar Bangkok (transit) - Nakhon Ratchasima(Korat) - Udon Thani - Loei - Petchaburi - Bangkok (transit) - Surat Thani (transit) - Kuala Lumpur

Banyak kenangan manis dari trip kali ini dan paling seronok apabila semua partner travel sangat sporting, baik hati, komited dan ceria.

Our route journey : Bangkok - Nakhon Ratchasima - Udon Thani - Loei - Petchaburi - Bangkok - Surat Thani
So moh JM kongsi sedikit gambar kepada semua sebelum publish a full story maybe a month after.

Monday 22 December 2014

Wordless tuesday :-)

Assalamualaikum,

Ada sesiapa yg dah mulai rindu sama JM  tak hihih
Still at Loei Thailand, short update from hotel


Friday 19 December 2014

JM's Blog will 'SILENT' for 11 days


Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Ada yang surprise tak bila baca tajuk entri JM ni..ye kawan-kawan JM adakan berehat seketika daripada update blog dan blog walking kerana mulai hari ini 19 Disember 2014....ehem..ehem...betulkan nada suara...

"Dalam tempoh tersebut JM akan travel ke negara jiran, this is the last trip for this year 2014" 

Kiranya trip penutup untuk tahun 2014. Next year punya trip sudah ada dalam list seawal Januari 2015 .

Fuhh..JM..itu pun nko nk kobar ke seluruh rakyat Msia ke? Orang lain buat trip jugak tapi tak de lah nak HEBOH sekampung tahun-tahu je dah balik ahhaahah...u know me kan..ni JM lah...kalau ada saat yang menggembirakan mahu kongsi dengan semua orang tiada rahsia antara kita heeee. It's my style hihiih.

JM ke mana? JM nak ke mana? Ada tak yang akan bertanya? ke tak kisah lah JM nak ke mana hihihhi.

Hoyee!! JM akan ke tempat-tempat ini in Sha Allah, doakan JM selamat pergi dan balik serta kongsi pengalaman sepanjang di sana. JM tidak keseorangan tetapi berteman.

Ke mana JM sebenarnya? all picture from google image. Credit to them.

# Pic 1

Wednesday 17 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Journey to Seoraksan National Park, Sokcho


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog Jari Manis..

Hai! ayat bodek nampak eehehhe...tak lah..JM ikhlas ni...nampak tak? nampak tak? hihiihhi

 Let's start our journey today (Day 5 - 27 Oktober 2014)


Mount Sorak, Sokcho
Ye! Mount Sorak or Seoraksan antara destinasi wajib selain Nami Island jika travel ke Seoul on Autumn season. Why? kerana view daun marple dan ginkgo berwarna kuning dan merah begitu memikat hati. Tak percaya? cer lihat gambar ni..

Sunday 14 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Ke mana JM pada hari ke -4?

Mencari dan mengintai rakan blogger dan reader yang masih setia bersama blog Jari Manis Travel List hihihhi

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,

Ahaa..ke mana JM pada hari ke - 4 (26 Oktober 2014) di Seoul, Korea? Nak tahu? Kami ke sini

#1 - YES!! kami ke Trick Eye Museum
Mari JM kongsi beberapa keping gambar di sini dan korang rasa memang TRICK ke tidak. Harap maaflah ye entri kali ini penuh dengan gambar tuan punya blog. Terdapat juga gambar yang agak sensitif bagi certain person but take it positively.

Thursday 11 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Nami Island


Assalamualaikum dan salam sayang to all my lovely readers,

View sekitar Nami Island
Fuhhh.....akhirnya JM ada masa untuk sambung pengalaman 'basi' bercuti ke Korea pada penghujung Oktober sehingga awal November yang lalu. Kebarangkalian cerita travel ke Korea masuk tahun 2015 baru tamat adalah tinggi jika memontem update blog seminggu sekali huhhu...apa nak jadi dengan nko ni JM.

Hari ke-tiga di bumi Seoul kami akan ke Nami Island. Jika masih ingat dalam entri yang lepas JM, Bie dan Mrs F telah bersetuju ke Nami Island bersama-sama kerana lagi ramai lagi meriah.

Sebut je Nami Island mesti semua akan relate dengan tempat pengambaran drama korea Winter Sonata, itu sudah pasti.

Nami Island highly recommend on Autumn Season...view tersangatlah CANTIK!

Uolllss dah ready nak tukar mata hitam kepada warna kuning dan merah...let's go!


Saturday 6 December 2014

Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (2)


Assalamualaikum dan salam ceria semua,


Baru JM perasan rupanya belum ada entri yang telah di 'up' untuk bulan Disember. Aduh!!! JM! JM! awak kat mana? awak kat mana? awak kat mana? 


JM kat sini menunggu kekasih hati yang tak kunjung tiba heeee
JM was here....minta maaf ye kawan-kawan JM baru balik dari berkursus selama 3 hari 2 malam di Kem Saujana Asahan, Melaka. Baru hari ni masuk kerja dan malam ini baru berkesempatan untuk update entri baru.

Fuh...berapa lama lagi mahu khatam entri Seoul, ada kemungkinan orang dah bosan nak follow huhuhuh. Apabila perlu pergi kursus atau outstation, JM akan susah hati..korang nak tahu sebabnya :

i. tak dapat blog walking
ii. tak sempat update new story
iii. tiada peluang reply komen dari kawan-kawan, akhirnya perlu luangkan lebih banyak masa mengadap blog

Sunday 30 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Shopping Time (1)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,

Cak!!!!
Sebelum JM sambung kisah percutian di Seoul, salah seorang rakan blogger, Cikgu Etuza mohon JM hebohkan satu segmen yang beliau anjurkan - Segmen Pencarian Bloggers & Bloglist Ikon Gratifying! By Etuza. Kepada pembaca yang berminat untuk join sila klik Pesona Etuza . Tarikh akhir segmen adalah 01 Disember 2014. Selamat bersegmen!

Hari kedua di Seoul (24/10/2014 - Jumaat)

Hari ni kami plan nak cari barang souviner terutama JM lah nak cari ole-oleh kepada rakan reader yang setia bersama blog JM dan juga untuk rakan pejabat. Malam tadi kami plan akan ke tempat-tempat ni :

1. Doota Mall
2. Dongdaemun Market
3. Insadong
4. Namdaemun 
5. Myeongdong

Bangun awal? lebih kurang jam 5.30 pagi baru bangun lepas mandi, solat dan makeup kami turun ke dapur untuk prepare sarapan pagi. Seronok nya stay di GH3 ni sebab ada dapur, kitchen ware jadi boleh masak. Tapi hanya sekadar menggunakan Oven/Microwave untuk panaskan nasi dan lauk kerana ada perasaan was-was untuk menggunakan periuk dan peralatan memasak yang lain.

Tuesday 25 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Bukchon Hanok Village & Dongdaemun Ikan Bakar


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua nya,


Terlebih dahulu nak ucapkan ribuan terima kasih kepada semua reader yang masih setia bersama blog Jari Manis dan tidak lupa juga kepada follower blog JM yang semakin bertambah. Terima kasih kepada kalian semua termasuklah mereka yang tinggalkan komen di setiap entri JM..tunggu kunjungan balas dari JM ye.

Kepada Top Commentar for every month, ada something untuk korang semua...Tunggu!!!!

Ok..Jom kita sambung. Masih lagi hari pertama di Seoul (23 Oktober 2014). Sila jangan bosan ye kerana banyak lagi entri akan menyusul.

Ingat lagi tak last entri kita stop kat mana? ye!!! keluar dari Deuksugung dengan perasaan tidak puas hati kerana daun belum tukar warna dan tak dapat lihat view yang di harapkan. Jalan balik ke City Hall Station. 

Dari City Hall Station kami tempat ni. Siapa tahu tempat ni sila jawap cepat...

Kat mana agaknya ye

Thursday 20 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Yooganey Restaurant & Deuksugung Palace


Assalamualaikum dan salam sayang buat semuanya,


AMARAN !!! Wah...seram je kan bunyi nyer hahaha...x de menda lah, sebenarnya entri kali ini penuh dengan gambar kerana tuan punya  blog semakin malas untuk menulis.

Huhuuhu...sedih..kesan daripada malas nak 'up' entri pageview dari 3000 dah jatuh kepada 1,000++ je sehari, Apa nak jadi dengan nko ni JM..pesal malas sangat bukan sibuk dengan anak atau suami pun kan?

Perasaan malas tu datang tetapi memandangkan ramai yang beri sokongan dan baca blog JM ni, so semangat untuk sambung cerita tu datang.

Terima kasih semua yang sudi 'datang' sini dan tunggu kunjungan balas dari JM yek

Let's go...follow JM..kita explore lagi bumi Seoul, Korea
Hari ini 23 Oktober 2014 (Khamis)

Ini adalah entri sambungan dari Autumn at Seoul & Busan : Departure Day

Dalam entri lepas, selesai sahaja tunaikan tanggungjawab kepada yang maha Esa, kami plan nak cari tempat makan. Dari pagi kami hanya minum susu pisang dan makan sebuku roti ketika di dalam bas dari Airport ke GH.

Thursday 13 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : Departure Day

Assalamualaikum dan salam sejahtera semuanya,


RUPANYA trip Autumn in my heart kali ni memang "best" kerana ramai rakan blogger yang JM kenal telah berkunjung ke sana. Korang boleh terjah blog BibiEr dan Azra yang berkongsi cerita dan gambar yang boleh meruntun jiwa. Tak lama lagi entri dari blog Jea dan Kak Kiah akan menyusul. Blog JM? gambarnya biasa-biasa aja...amatur katanya hanya menggunakan Samsung Galaxy Tab 7 Plus, jadi gambarnya kurang menggoda plus tuan nya yang x pandai cari angle yang cantik..belasah je janji ada heee.

Tikat telah di tempah pada 24 November 2013 dan tarikh travel 22 Oktober 2014 jam 1.00 pagi almost a year menunggu..gigih kan..nasib baik Allah kuniakan kesihatan yang baik sehingga ke tarikh berlepas.

JM pertama jejak kaki ke Seoul pada April 2011 Spring Season (musim bunga), jadi second time ni ingin merasai suasana Autumn (musim luruh) ternyata berbeza sekali antara dua nya.

Picture taken on April 2011 (Spring Season)
Picture taken on November 2014 (Autum Season)

Monday 10 November 2014

Autumn at Seoul & Busan : How To Book Your KTX Ticket


Assalamualaikum to all my dear friends,


MESTI ada yang akan cakap...alaaaa JM ni kenapa nak up entri yang bosan nih..kami nak entri yang ada gambar daun warna warni tu...sabar ye..nanti JM kongsi lah..Nah ambil dulu yang ini dan akan menyusul lagi dalam antri yang akan datang.

JM suggest kepada korang sila pegi Autumn Season kerana view yang sangat cantik

Monday 3 November 2014

JM in the HOUSE!!!!

Assalamualaikum buat kawan-kawan kesayangan yg JM tinggalkan tu!!!!


" JM dah balik..rindu nak terjah 'rumah' korang"

Alhamdulillah pagi tadi jam 1.20 pagi 03/11/2014 JM selamat sampai di teratak 'bahagia' mana lagi kalau tempat kediaman selepas 11 hari berkelana di bumi Korea (Seoul dan Busan). Banyak story nak di kongsi tetapi entri permulaan ni JM kongsi sebahagian tempat yang sempat kami terjah kerana tidak semua plan dalam itirenary is fulfill. Kita hanya merancang Allah yang tentukan tul tak? Maybe next year akan cover the rest of the places..in sha Allah.

Trip kali ini seperti jejak kasih kerana terjumpa dengan blogger Bibie Karim dan Sifu Sempoi

Pelbagai kisah-kisah menarik yang ingin di kongsi dan juga kisah cuak pada hari terakhir di mana selesai check in di kaunter Air Asia nama JM di panggil semula ke kaunter dan diminta masuk ke dalam bilik scan luggage kemudian beg kena selongkar selepas security check. Semua itu akan JM kongsi dalam full entri nanti.

Tungguuu!!!.


Wednesday 29 October 2014

Last update from Seoul

Assalamualaikum kawan-kawan JM sekalian,

Adakah semuanya dlm keadaan baik sepanjang ketiadaan JM ni ke korang rasa aman sbb JM x buat bising kat blog korang ahahaha. Tunggu ye JM balik nanti habis lah korang semua tu hihihihi. Hari ni last day at Seoul esok pagi dah nak gerak ke Busan for four days before going back to Mlaysia. Doakan semuanya selamat ye.

Meh JM tinggalkan pic yg boleh menggugat iman korang semua ahaha. Budak bawah umur x boleh tgk.

At mount sorak dan trick eye museum

Tuesday 21 October 2014

Teaser : This Coming Trip (Autumn Season)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuanya,

"MERAH MATA HITAMKU"

Pic : Ihsan from Google. MERAH mata HITAMKU

JM nak BOM!!! blog korang!

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader,


Yuhuuuuuuuuuuuuuu...JM in the HOUSE!!..Lama betul kan JM tak update entri...ada yang RINDU tak? Apa? tak ada ...huhuhhu sedihnya sob..sob..sobb

Sorry to all my dear friend coz lately JM bz sangat dengan preparation next trip just around the corner. Balik rumah settle down all preparation and blogwalking sikit-sikit. Ehh ko dah kenapa JM tetiba nak speaking bagai nko nak ke obersea negara orang putih kew hihihihi.

Orait!!! Sambung!!!

Terlebih dahulu JM ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada semua reader dan blogger yang sudi baca, terjah dan komen blog JM ni. Kehadiran kalian semua membuatkan hari-hari yang JM lalui penuh ceria dan bermakna sekali...hamoiiii ayat BODEK ke tuewww hihihhi

Ehh..tak lah..ini kata-kata yang lahir dari hati yang ikhlas heeee.

Wednesday 15 October 2014

Top Commentar Sept & Ole2 dari blogger

Assalamualaikum to all my dear friends :-)


Kali ini tak nak story pasal travel tetapi ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Top Commentar bulan September. Kepada yang tersenarai sila emailkan alamat kepada JM kerana ada 'habuan' untuk korang semua. Bagi blogger yang pernah emailkan alamat kepada JM please don't email me again nanti penuh mailbox  ioulllss. Tajuk email - Top Commentar September.

Inilah blogger yang rajin tinggalkan komen tu

Jika ingin berkenalan dengan mereka sila terjah URL berikut :


Monday 13 October 2014

Spring at Japan : Itirenary & Budget

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Pic : Ihsan Google : Mata wang Yen - jangan tak tahu syiling yang berlubang tu ada nilainya

Percutian dah tamat, jadi tibalah masanya untuk JM bentangkan budget secara keseluruhan sebagai panduan kepada mereka di luar sana yang mempunyai impian untuk 'makan angin' di Jepun.

Friday 10 October 2014

Mencipta dan menambah Tab Menu di blog

Assalamualaikum dan salam ceria buat reader semua,

"eh...eh..JM masih wujud ke?..ingatkan dah hilang...lama menyepi kan"

Hallooooo!!! JM masih setia dengan blog ni tau...ada masa mesti akan BW kawan-kawan cuma belum sempat nak update entri baru.

Beberapa hari lepas JM menerima permintaan dari salah sorang rakan blogger untuk mengajar bagaimana cara mencipta dan menambah Tab Menu di blog. Korang tahu tak yang mana satu Tab Menu yang dimaksudkan tu. Bagi blogger-blogger yang otai,  alaaahhhh...senang je tu tetapi bagi blogger baru termasuk JM ni mesti tak tahu kan.

Ok, sila lihat rajah di bawah.

Home, Favourite Travel Blog List dan My New Reader Bloglist is call as TAB MENU

Wednesday 8 October 2014

Popular ke tak blog Jari Manis : Travel List ni?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Hai JM!!! nko nak kejar sangat ke KEPOPULARIAN blog tu? Kepopularian? bahasa alien mana nih?

Ahahahaha...perkataan paling mudah adalah famous atau glamour. Adakah blog Jari Manis : Travel List telah mula di kenali di kalangan pembaca di luar sana. Persoalan nya sekarang bagaimana nak tahu blog i tu femes ke tidak! popular ke tidak!

Adakah dilihat kepada jumlah pengunjung yang datang, atau jumlah komen yang di tinggalkan atau jumlah page view setiap entri. JM juga tiada jawapan yang khusus.

Tetapi yang PASTI ramai rakan blogger mengukur dengan cara melihat RANKING blog di http://www.alexa.com/

JM juga tidak ketinggalan telah menyemak RANKING alexa dan di dapati hasilnya seperti di bawah.

Friday 3 October 2014

Spring at Japan : Last Day at Japan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Osaka Castle
Last Day in Japan – 14 April 2014 (Isnin)

Hari terakhir kami di bumi Jepun. Tapi sebelum tu nak ketawa kuat-kuat hahahaha...almost 5 month baru habis story Jepun ni.

Okey...kalau korang nak tahu sepatutnya waktu penerbangan balik ke Kuala Lumpur adalah pada jam 11.00 pagi tetapi kami terima mesej daripada MAS, flight delay kepada jam 3.30 petang. Jadi kami decide untuk check out pada jam 11.00 pagi.

Alhamdulillah!! JM orang yang paling gembira bila dapat berita ni kerana dah berangan nak pergi Osaka Castle. Jika berada di Osaka tapi tak ke sana rasa tidak lengkap. Kemudian hasrat di hati nak singgah juga di Hard Rock Cafe Osaka just 'take a picture'.

Selepas sarapan pagi, tanya kawan-kawan yang lain, dorang tak nak ikut. Ok! tak per lah JM pegi je sorang.

Wednesday 1 October 2014

Spring at Japan : Day 10 - Meriken Park Again!! & Umie Mall

Assalamualaikum kawan-kawan reader semua,

Gambar sekitar Osaka
Aha...nampak tak gambar-gambar kat atas tu, ini bermakna entri travel sudah muncul kembali. Rasanya hampir 2 bulan JM x up entri travel kan..dah ramai tak sabar nak tahu kesudahan cerita di Jepun ni. Al-maklumkan ramai yang akan ke sana tahun depan, kiranya nak jadikan entri Jepun sebagai panduan lah ye..boleh haje!!!

Sunday 28 September 2014

BLOG dan BLOGGER mesra pengunjung?

Assalamualaikum sahabat-sahabat pembaca sekalian,


Kredit to Mazapoint.com - I love u olls my reader blog
Apa aktivi korang pada hari Ahad ni..

JM melepak depan PC semata-mata nak siapkan entri travel ke Jepun tapi sebelum tu nak up entri pendek buat bacaan kawan-kawan di luar sana.

Penting SANGAT ke sediakan BLOG dan BLOGGER yang mesra pengunjung. Mana lebih penting, salah satu atau kedua-dua nya.

Bagi JM kedua-duanya perlu MESRA. Jika blog dan blogger yang mesra rasa seperti hari-hari nak baca blog tu terutama sekali jika entri penuh informasi.

Tuesday 23 September 2014

Blog JM dah KURUS!!!

Assalamualaikum reader setia JM sekalian,


Ya Ampun, lama betul JM tak bersiaran kat sini kan. Banyak lagi blog kawan-kawan yang belum sempat JM terjah...

Hai JM!..lama menyepi tiba-tiba up entry "BLOG JM dah KURUS" apasal?

Ahakss...JM nak kongsi rasa kegembiraan ni kepada semua reader sekalian kerana JM berjaya turunkan berat blog dari sebelum ini. Kalau beberapa hari lepas loading time adalah 24.24 sec tetapi bila JM check hari ini dah turun kepada 6.09 sec uolsss!!! TERKEZUT tak kak timah?

Friday 19 September 2014

BEST pulak jadi Penulis Blog!

Assalamualaikum kawan-kawan JM sekalian,


Apa khabar kawan-kawan JM di alam maya sekalian dan salam jumaat juga. Cepat betul masa berlalu hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan dan tidak lama lagi tahun 2015 datang menjelma.

Walaupun begitu JM masih setia di sini masih setia bersama rakan-rakan blogger yang ohsen sekalian. Ini bagi menjawab soalan kepada salah sorang rakan blogger kak Azimah yang bertanya "eh...sape tau JM ke mane? Senyap je dia, selalu ada gak tinggal jejak, ni sonyap yo.."...ahahaha terharu sangat kerana JM di rindui hahaha...mula lah nak start perasan tu.

Friday 12 September 2014

Beratnya Blog JM!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Ramai yang tertunggu-tungu sambungan kisah percutian ke Jepun tetapi JM perlu publish entri ni terlebih dahulu.

Kenapa tiba-tiba keluar tajuk ni..

Yer begini kisahnya...dua tiga hari ni JM nak reply komen kawan-kawan semua tapi bila bukak je blog..ya Ampun pesal lambat sangat 'loading page' ni...mesti ada yang tak kena..line internet slow ke?

Jadi JM cuba cari jalan penyelesaian, tanya sama pak cik google dan hasilnya....

Rupanya ada tools untuk "Timbang Berat Blog"

Monday 8 September 2014

Travel Backpacking or Travel without Travel Agent?


Assalamualaikum dan selamat sejahtera..



Salam buat rakan reader yang amat JM sayangi tu..terima kasih kerana sentiasa support blog JM..terharu sangat uollsss...Gigih mencari masa untuk buat kunjungan balas kepada mereka yang telah singgah sini. Tunggu kedatanganm JM ke 'rumah' korank eh. Tak perlu nak sediakan makan minum bagai heeeee (kasi BOLD sikit)

Sebelum kita teruskan ke topik utama, ingin dimaklumkan bahawa JM merupakan salah seorang SPONSOR kepada Segmen GiveAway yang di anjurkan oleh blogger Karya Mahirah. JM sediakan 5 hadiah kepada pemenang yang bertuah. Kepada yang berminat boleh join segmen tersebut dengan cara klik http://karyamahirah.blogspot.com

*************************************************************************************************************************************************

Wednesday 3 September 2014

JM Love U Oulss Readers

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Mohon maaf kepada reader yang setia menunggu sambungan entri Jepun kerana JM memang belum sempat untuk menyediakan entri tersebut. Bukan itu je nak reply komen kawan-kawan pun tak sempat....aduss..makin parah JM sekarang ni.

Bagi mengelakkan blog ni dari terus tidak bernyawa, JM publish entri pendek yang tidak dapat memberi apa-apa info kepada reader di luar sana. Ini je kesempatan waktu yang ada.
Ini adalah rakan reader setia bersama JM dari dulu sehingga kini

Sentiasa support blog JM..ada beberapa blog x sempat lagi JM terjah

Thursday 28 August 2014

Arghh tension!!! x sempat Blog Walking

Assalamualaikum kawan-kawan,


Maybe ada blog guna imej yang sama..biasalah ambil dari Google..kredit to them

Just nak kongsi perasan JM ni..Arghh tension dengan line internet DIGI ni slow yak amat..nak load sat-satu page blog tu 'berchenta' je...JM guna Tab untuk blog walking..lembab cam siput...adoyai..

Monday 25 August 2014

"DIA" datang lagi!!!!

Assalamulaikum dan salam sejahtera semua


"DIA" datang lagi......siapakah "DIA"?

Inilah "DIA"
Teman setia JM hehehehe

Sunday 24 August 2014

JM ingin tambah KENALAN!!!

Assalamualaikum dan salam sayang semua!!!


Mood untuk sambung entri Jepun belum datang..perlu ambil masa untuk mengarang kerana entri nya panjang.

Jadi bagi mengelakkan blog ni sunyi sepi JM nak publish satu entri pendek.

Ada sesiapa yang sudi jadi kenalan JM tak?...sila angkat tangan tinggi-tinggi....nak angkat ke dua - dua tangan pun boleh. Ehh..tak nampak pun...korang angkat ke tak ni!!! hahahaha...nko ni siuman ke tak JM...mana leh nampak through SKRIN MONITOR ni.

JM dapat IDEA ni selepas baca blog MISS KEPENG full kredit kepada beliau.

Thursday 21 August 2014

Awek Kaki Travel?...JM lattew hiksss

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya!!!!


Aha!!!!!!!!!!!!!!!!! mesti kawan-kawan dah baca tajuk entri ni kan..kenapa kita-tiba boleh ada entri ni?

Ceritanya begini, semalam JM telah di TAG oleh salah sorang rakan blogger Wak Gelas di Facebook, ada yang tak kenal ke siapa Wak Gelas ni..tak kenal? boleh terjah blog beliau di wakgelas.blogspot.com.

Screen capture dari FB

Friday 15 August 2014

JM ada peminat dari INDONESIA heeee


Assalamualaikum dan salam syawal semua,


"JM in the HOUSE"

Mood untuk sambung menulis sudah kembali...ingin tahu sebab nya...please roll action!!

Mesti akan ada yang berkata..alah JM ni hangat-hangat tahi ayam je atau drama je lebih..nak berhenti blogging konon!!...eh tak lah..mmg betul waktu tulis entri yang lepas memang mood entah ke mana tetapi sekarang telah pulih. Nak tahu puncanya sila teruskan bacaan word by word hikss walaupun susunan ayat tidak seperti penulis yang hebat.

Tuesday 12 August 2014

Kalau JM stop dari dunia BLOGGING ok tak?


Assalamualaikum dan Salam Lebaran semua,

"I'm BLANK"

Mood update entri baru sudah masuk ke LAUT dan ada yang dah tertimbus ke dalam BUMI rasanya. Semasa nak tulis entri ni pun berfikir banyak kali mencari idea..apa yang nak di tulis ni.

TIK! TOK! TIK! TOK! cepat betul masa berlalu hari ini dah masuk 12 Ogos dan last entri adalah 5 Ogos almost 7 days JM gap ambil masa untuk mengarang entri baru tapi sudah nya begini..

Tuesday 5 August 2014

Masih ada yang RINDU?

Assalamualaikum dan Salam Lebaran 2014,


Masih ada yang SAYANG/RINDU?

Haaaa ko!!! tengok tajuk entri tu MELETOPS tak?...lebih kurang tajuk drama lah pulak khan!!! eheeheh. Sebenar tiada cerita raya nak di kongsi di sini gambar time raya pun tak sempat nak snap..asyik sibuk di dapur katanya...so dengan muka tak malu nya JM sajikan je lah gambar suka suki nih.
Gambar suka suki tiada kaitan dengan entri hiksss..penangan Camera360..i nampak muda u ouls tetapi hakikatnya...ahahah..kepada mereka yang tahu diam-diam je tau....heeee
Kenapa JM keluarkan tajuk seperti itu, ahaaa...almost 2 week JM tak update blog, so nak test lah masih ada lagi tak yang sudi singgah dan masih ingat akan kewujudan blog JM nih...

Friday 25 July 2014

Balik raya : sanggup ke mcm ni!!!!

Assalamualikum kawan-kawan,

JM ada terima whatapps image dari member yang on the way balik arah utara siang tadi. JM masih di sini belum balik kampung.

Korang dah start balik kampung utk beraya ke belum, apa-apa pun rancang perjalanan dgn teliti ye. Ini adalah situasi d Tol Duta pada 25 julai 2014 Jumaat. Pengsan!!!! x boleh nk taip panjang2 sbb guna tab je so hati-hati memanndu ye sayang u olsss semua :)

macam semut

Monday 21 July 2014

Surprised From JM?...please READ!!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


Ahahahah...bila korang dah baca bukan surprise lagi..


Segmen Give Away (GA) or Gift Away (GA) from JM?

Korang nak yang mana, Give Away or Gift Away?

Selamat berpuasa ye kengkawan, dalam beberapa hari lagi kita akan menyambut Hari Raya AidilFitri di Bulan Syawal yang mulia.

JM ada baca blog kengkawan lain yang up entri segmen GA open for reader blog to JOIN dengan syarat perlu follow blog dorang, pastu up entri dalam blog dan pemilihan dan hadiah akan di berikan menggunakan sofware random.org

Friday 18 July 2014

Berita tergembar : Pesawat MH17-Malaysia Airline (MAS) Terhempas

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Sumber dari Utusan Malaysia Online 18 Julai 2014:

Hari ini dunia terutama Rakyat Malaysia di kejutkan dengan berita tergempar apabila sebuah pesawat MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 orang anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas, dipercayai ditembak pelancar peluru berpandu di pekan Shakhtarsk di timur negara Ukraine.

Friday 11 July 2014

Spring at Japan : Day 9 - Meriken Park & Kobe Mosque

Assalamualaikum dan Salamat ramadhan buat semua,


"Subhanallah...Walhamdulillah...Waala ialah haillallah...Wallah huakhbar.."
Sentiasalah kita berzikir kepada Allah terutama pada bulan yang mulia ini tidak kira di mana sahaja kita berada..Amin...*Peringatan untuk diri sendiri ;-)

Belum terlambat kiranya pada bulan yang mulia ini JM menghulurkan sepuluh jari memohon ribuan kemaafan kepada rakan-rakan blogger dan reader termasuk lah silent reader, sekiranya sepanjang perkenalan kita di alam maya JM ada mengeluarkan kata-kata yang kurang menyenangkan. Kita semua hanya insan biasa  dan perlu sentiasa istigfar kepada Allah.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday 7 July 2014

JM Renew Passport Lagi????

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua;


Rupanya almost a week JM tak update blog...kiranya ini entri pertama dalam bulan Julai yek....sambil lap peluh sebab baru-baru ni ada beli threadmill...hikss..itu pun nak heboh..

Ramai tak yang tertunggu-tunggu sambungan entri yang suspend tu...alaaaa...sambungan drama yang berlaku di Kobe Harbourland....Ape? dah tak ingat! tak pelah bukan masuk dalam exam pun heeee

Sebelum JM sambung story yang masih tertangguh tu...meh sini ha..dokek-dokek JM nak kabor..baru-baru ni ada pegi renew passport. Passport yang lama tu akan expired Jan 2015. Dah ko kenapa JM?...cepatnya pegi renew..bukan lambat lagi tempoh expired nye. Ye lah tak lama lagi nak travel better renew sekarang bagi memudahkan urusan booking memboking.

Monday 30 June 2014

Salam Ramadhan khas dari Jari Manis (JM)

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua,


Salam Ramadhan Al-Mubarak

Bila baca tajuk entri macam ucapan dari orang kenamaan pulak ye...ahahaha..tak de lah saje je..orang lain buat ucapan Salam Ramadhan, JM pun nak jugak heee

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, sempena bulan Ramadhan yang mulia ini (Allah lebih mulia) belum terlambat kiranya JM menyusun sepuluh jari menghulurkan tangan memohon ampun dan maaf dari segala kesalahan dan kesilapan, tutur kata dan sebarang komen yang JM tinggalkan ada yang menguris hati di kalangan rakan blogger dan reader sekalian.

Thursday 26 June 2014

Spring at Japan : Day 9 - Kobe Harbourland, Kobe

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan,


"Hai kawan-kawan..JM in the house..lama tak update blog..windu sama JM ngak? heeee"


Kepada NanaTron...cerita Jepun belum habis lagi so jangan ke mana-mana eh..

Kepada reader dan rakan blogger yang sentiasa setia bersama blog JM ni jangan rasa jemu lah yer dan JM amat hargai support daripada korang..Tanpa kalian semua JM ibarat melukut di tepi gantang...ahaha..betul ke peribahasa ni..."Hantam saja lah labu".
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pada hari ke-9 di Jepun, kami akan ke KOBE. Biasanya jika berada di Kansai Area ni orang akan masukkan Osaka, Kobe dan Nara ke dalam list itirenary. So kami juga tidak lepas peluang untuk ke sana.


Thursday 19 June 2014

Spring at Japan : Day 8 - Universal Studios Japan (2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Blank sekejap...tak tahu nak mula dari mana sebab rasa dah lama sangat tak update blog..ehh ye ke?

Hallo…halloo…hallooooooo….JM in the house…ada sesiapa kat sini yang rindu sama JM tak?...Ape..tak ada yang heran pun..huhuhhu…

Nak kongsi citer ape hari ni yek...ermmm...ha'a citer berjimba-jimba di USJ yang tak berapa nak inzal sangat tu...dah pandai guna perkataan tu...Abang Meng yang ajar ni...Mesti Hafiz Azmi jeles sebab asyik di seru nama tu di sini...Lan Strider dan Sobyieee jeles jugak kewww...ahahaah

Monday 16 June 2014

Blog JM berwajah baru!!

Assalamualaikum salam sejahtera semua,


Korank perasan tak blog JM sudah berubah wajah...ke ada yang tak perasan huhuhu

Jangan terkejut ye..ini masih lagi blog Jari Manis tu!!..ape tak kenal..tak pe lah..berlalu pergi sambil tunduk rapat ke tanah...kalau boleh nak masuk kepala dalam lubang hahaahha.

Ini adalah susulan teguran dan permintaan salah seorang reader blog JM yang menyatakan bahawa tulisan yang di gunakan dalam blog terlalu fancy dan sukar untuk dibaca, jadi bagi memenuhi permintaan beliau, JM cuma buat sedikit perubahan.

Wednesday 11 June 2014

Spring at Japan : Day 8 - Universal Studios Japan (1)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM yang anggun dan kacak tu,


Hai JM!...ayat bodek nampak?...
Ehh..mana der? Betul aper...semua makhluk ciptaan Allah itu ada kecantikan tersendiri heee KECUALI...lempar coklat cat burry

Hai rakan-rakan readar dan blogger sekalian..rindu sama entry dari JM tak?..apa?...tak kesah pun..eheheh...tak pe lah..JM tulis je kalau rasa tak BEST tak perlu lah baca..at least kalau JM rindu kat tempat ni boleh refer semula.

Yang pasti pasti JM suka dan rindu baca entri dari semua blogger yang JM kenal, kalau nak list kat sini memang ramai..so kalau JM terjah dan komen kat blog kalian jangan marah ek..itu adalah satu hobi..hobi suka baca blog di samping main game Farm Heroes.

Thursday 5 June 2014

Spring at Japan : Day 7 - Tulips Festival at Huis Ten Bosh

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua uhukkk,


"Cerita duka di Tulips Festival, Huis Ten Bosh"

*AMARAN!!! Entri ni agak panjang..kalau malas nak baca scroll down jeww..no prob...heee

Terlebih dahulu JM nak ucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan pembaca sekalian yang tidak jemu-jemu untuk singah dan baca blog Jari Manis : Travel List yang mana tiada story berkaitan gossip, ilmu agama, motivasi, isu-isu semasa, kehidupan selepas mati atau apa-apa sahaja. Hanya sekadar bekongsi cerita pengalaman bercuti di negara orang dan pada masa yang sama semua tempat yang JM pergi ada antara rakan pembaca yang telah jejak kaki ke sana. Semoga perkongsian pengalaman ini boleh menjadi rujukan kepada mereka yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia 'travelling'.

Jika belum cukup info di sini boleh klik pada senarai blog yang terdapat di panel sebelah kanan blog..sebahagian besar daripada nya adalah blog travel dan banyak info boleh di 'gali' kat sana.

Thursday 29 May 2014

Spring at Japan : Day 6 - Nara Park

Assalamualaikum dan Salam sayang buat semua reader!!!


"Ke Nara Park kite"


HiyaaaaaK!...Hiyaaaak!...Hiyaakkkk!!....Arrrgghhhhh!!!...krukkk!!....Kraaakkk!!! Hahhhhhh!!....hayoooo bunyi apa tu JM….macam-macam bunyi nampak…ahaa..itu bunyi JM sedang buat regangan dan senaman jari jemari manis ku ini….lama betul JM ambil masa nak buat sambungan stori ni. Perasaan malas makin melanda tapi bila fikirkan reader setia sedang menantikan entri baru terutama Abe MKL tu so terpaksa rajin diri (ahahahaha.,..sila muntah darah bila dengar statement ni). Jangan di layan JM yang sewel hi ahahaha. Ko jangan perasan JM..udah udah le tu.

Sudah…tak nak mengarut lagi meh kita sambung.

Siapa ingat lagi last entri JM ada story berkenaan JR Pass hilang semasa di Bamboo Forest Arashiyama kan..tapi JR Pass tu bukan JM yang punya tapi salah sorang rakan travel JM yang hensem tu siapa lagi NH a.k.a Norman Hakim heeeee.

Friday 23 May 2014

Spring at Japan : Day 6 - Bamboo Forest, Arashiyama Kyoto

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat sahabat JM sekalian,


Welcome to Arasiyama
Siapa tak tahu kat mana tempat nih..sila angkat tangan..Ehh..masih ada yang tak tahu ke...ye ke ni..kalau bukan kaki travel tak tahu boleh terima jugak tapi kalau rakan blogger JM yang baik hati dan setia bersama JM tak tahu mesti ada something wrong ..ke buat-buat tak tahu heeee

Monday 19 May 2014

Spring at Japan : Day 5 - From Tokyo to Kyoto

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,


"Kyoto.....we are coming"

Tak tahu bagaimana nak tulis...tak tahu macam mana nak mula..kalau tulis ikut sesedap hati..ada pulak yang terasa so tulis je lah apa yang terlintas di fikiran janji boleh di jadikan rujukan buat diri sendiri nanti.

Terima kasih kepada rakan blogger dan reader yang masih setia dan support blog Jari Manis : Travel List yang mana kekadang bosan jugak nak baca kan...JM sendiri kasang-kadang timbul perasaan malas nak menulis kerana lebih suka blog walking kawan-kawan punya blog. Jika JM tak kongsi dalam blog tiada kenangan pulak nanti so lempar jauh-jauh perasaan malas tu.

Bila nak start buat enti ni mula check balik gambar-gambar pada hari kejadian untuk create story..lenkali JM plan nak bawak notebook balik je ke hotel terus update...haa!!..RAJIN ke?
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Last Day in Tokyo : Day 5 - 08 April 2014 (Selasa)

Setelah 5 hari 4 malam di Tokyo kami decide untuk ke Kyoto

Apa yang menarik di Kyoto yang menjadi tourist spot tu...sudah tentulah :

1. Nijo Castle
2. Kyoto Imperial Palace
3. Nishiki Market
4. Kiyomizudera
5. Arasiyama
6. Fushimi Inari Shrine dan banyak lagi. Boleh refer Kyoto Travel Guide 

Perjalanan bermula :

Bangun seawal pagi siapkan sarapan coz dalam jam 8.30 pagi kami nak chek-out. Selamat tinggal Tokyo setelah 5 hari 4 malam kami berkampung di Akebonobashi Area.

Malam tadi masing-masing pack barang dan tak di duga berat bag makin bertambah bukan berkurang walhal semua barang makanan semakin susut, apa tidaknya JM telah rembat 2 pasang handbag di Yokomocho street plus fridge magnet lagi. So hari ni dengan beg troli seberat 25 kg tu + bagpack 7kg + hand carry JM akan naik turun dan transfer tren…aduh lah…ini lah padahnya kalau nak berjalan sambil bergaya huhuh

Apa tidaknya…11 hari di Jepun (11 pasang baju, 2 pasang spring coat, 2 pasang sweater, 11 pasang tudung, sepasang boot dan itu belum kira baju dan seluar kecik lagi….notebook lagi konon nya nak transfer gambar)

Cuba korang bayangkan bagaimana keadaan JM waktu tu dengan beg tarik di tangan bagpack di belakang dan hand carry galas di depan…rasa kan

Selesai chek- out, mari kita mula kan our today journey (bye-bye Tokyo..i will come again…In Sha Allah)

Route hari ini : Akebonobashi Stn – Shinjuku Stn – Tokyo Stn – Kyoto Stn – Kusatsu Stn – Hotel 21

Dari Akebonobashi Station beli tiket di mesin 170 yen stop di Shinjuku Station. Nasib baik ada lift so tiada kejadian berpeluh seperti yang berlaku di Shenzhen dulu perlu naik berpuluh anak tangga sambil angkat beg troli…naik musle time…cam nak campak je beg tu tapi nanti diri sendiri yang rugi.

Sampai Shinjuku Station naik lagi tren then stop di Tokyo Station by JR Pass. Time nak angkat beg gedabak masuk tren pun satu masalah jugak nasib orang Jepun ni baik-baik so semua smooth je.

Upon arrive at Tokyo Station, pegi cari Shinkansen Kaunter untuk reserved seat than kami dapat waktu bertolak jam 9.50 pagi..so memang sedang elok lah tak perlu tunggu lama di platform terus naik bullet tren to Kyoto Station

Bullet Train from Tokyo Station to Kyoto Station
Dalam tren membuta je lah…around 2 ½ jam baru sampai di Kyoto Station pastu ambil pulak tren ke Kusatsu Station untuk ke Hotel 21. Hahhhh….dengar pun dah penat kan…Di pendekan cerita, sampai di Kusastsu Station, keluarkan hotel map dan jalan kaki around 10 minit to reach at hotel.

3 days 2 night at Hotel 21, Kusatsu, Kyoto
Price for 2 night : RM238.60 for each person
Booking through booking.com

Lokasi : Only 800 metres from JR Kusatsu Train Station, which is a 20-minute ride from Kyoto Station
Recommend ke tidak : Yes Recommend but bagi yang travel budget better find another hotel or Hostel

Dari Kyoto Station stop at Kusatsu Station by JR Line
Take Exit Kusatsu Station East Gate
Dari East Gate nanti akan nampak Kintetsu Mall sebelah kiri - Jalan je terus ke depan sehingga 800 meter dan akan nampak sing Hotel 21 sebesar-besar alam
Hotel 21 - tak nampak seperti hotel connected to KB-21
Receptionist
Selepas beberapa jam naik turun tren, tarik beg yang tu dengan beban di bahu lagi...Tolongg!!..minta nyawa...huh..huh...huh...tarikh nafas...hembus....tarikh nafas hembus dah rupa orang nak bersalin pulak.

Receptionist yang comei tu cakap belum boleh check in lagi...tengok jam di dinding pukul 2.00 petang..rupanya check in time 3.00 petang so selepas isi form semua tingal kan je luggage di kaunter tu nak pegi cari makan dulu masing-masing dah kebuluran nih.

Menapak lagi ke Kintetsu Mall mencari sesuap makanan
Round dalam Mall tu jumpa lah Kuih Ikan berintikan kacang merah buat alas perut - 100 yen sebiji kalau tak salah..mesti makan time panas..kalau dah sejuk..liat jadinya
Tak puas makan kuih ikan tu, singgah makan di Lotteria bersebelahan Kusatsu Station sambil discuss our destination for today.

Perancangan awal nak pergi Niji Castle, Nishiki Market, Kyoto Tower, Kinkaju Temple or Golden Pavilion dan Arasiyama tetapi memandang waktu sekarang almost 3 petang so we decide going to Fusihimi Inari Shrine atau lebih femes dengan tiang tori gate berwarna oren tu. Kalau ke Kyoto tak pegi ke sini rasa macam makan nasi tanpa lauk je.

Seperti biasa keluarkan Kyoto Railway Line Map dulu cari station yang perlu stop untuk ke sana.

How to get there :
- Stop at JR Inari Station which is the second station from Kyoto Station
- Exit JR Inari Station terus akan nampak entrance ke Fushimi Inari Shrine

Keluar sahaja Exit JR Inari akan nampak Torii Gate besar seperti di bawah
Torii Gate - entrance to Fushimi Inari Shrine
Jom ikut JM masuk ke dalam..sebenarnya datang sini just nak tengok susunan torii gate yang berlapis-lapis tu je, kalau nak tahu kisah lanjut mengenai Fushimi Inari ni ruju je kat Japan Guide

Gambar kurang lighting
Fushimi Inari Main Entrance gate
Lest's go..follow je map tu..kami akan jalan sehingga ke puncak then turun semula ke bawah
Semasa kami samapi orang punya lah ramai...sukar nak dapat view kosong
Tunggu dengan penuh sabar...akhirnya
Akhirnya..hoyeee...berjaya
Sedikit info berkenaan torii gate ni. Setiap tiang di letakkan nama dan tarikh orang yang menderma dalam pembinaan dan kos pembinaan bergantung kepada saiz.

"At the very back of the shrine's main grounds is the entrance to the torii gate covered hiking trail, which starts with two dense, parallel rows of gates called Senbon Torii ("thousands of torii gates"). The torii gates along the entire trail are donations by individuals and companies, and you will find the donator's name and the date of the donation inscribed on the back of each gate. The cost starts around 400,000 yen for a small sized gate and increases to over one million yen for a large gate." (Japan-Guide)

Harga pembinaan setiap tiang bergantung kepada size boleh mencecah jutaan ringgit
Bila dah penat daki sampai ke atas tu, turun semula ke bawah..longlai je kaki, skru dah longgar. Di bawah ada kedai jula souviner tapi buat jual mahal tak msuk pun belek-belek apa yang ada.Nampak pulak gerai jual TAKOYAKI terus TERKAM (cakap je..mana der buat camtu). NH dan SY beli Takoyaki dan kami makan berkongsi baru erat hubungan silaturrahim kan.

Waktu nak masuk tandas nampak sign ni..
Sunset at Fushimi Inari Shrine


Matahari dah nak hampir terbenam..moh kita gerak..kalau di kampung waktu ni masih ada di luar rumah mesti kena marah...masuk rumah cepat jangan main kat luar..ada banyak hantu...kalau di bandar kita lah hantu nya...haiiiyaaaa!!!!

Next is Gion Street mau cari Geisha malam-malam ni...ikut nasib le..kalau ada dia keluar merayau ada lah..untung tak baik tengok street je lah..biasanya waktu siang ntah apa kes kami nak pegi cari waktu malam.

Nak cari Geisha boleh je guna cara ni : Gion can be reached from Kyoto Station by bus number 100 or 206 (20 minutes, 230 yen). Get off at Gion bus stop. Alternatively, the closest train stations are Gion Shijo Station on the Keihan Line and Kawaramachi Station on the Hankyu Line.

Bagi kami naik tren dan stop at Gion Shijo Station. Tak nak story panjang-panjang bukan ada orang baca pun so di pendekkan cerita waktu kami sampai di Gion Street ada jumpa beberapa orang Geisha tapi dorang jalan seperti lipas kudung walaupun ber terompah..bila nak ambik gambar je terus palingkan muka ke lain dan jual mahal..so kalau nak tengok dan di layan betul...sediakan duit je. (ingat ko cantik sangat..padahal memang cantik....tapi dalam hati..pleaseee..pleasssee..one picture pleasse...jangan mimpi lah)

So layan je lah gambar yang tak berapa nak inzal nih di sekitar Hanami-Koji Street.

Entrance to Hanami-Koji Street
Tertarik dengan kenderaan ni - motor Supermeng ke Batmeng
Dari Gion Street kami ke Kyoto Station konon nya nak tengok Kyoto Tower...ntah apa yang menariknya pun tak tahu..padahal tower biasa je..Berpusing-pusing jugak di station tu mencari tak jumpa. Jumpa supermarket connected to the station, borong bekalan makan dulu terutama Origini berintikan tuna then sambung cari Kyoto Tower.

Naik tren ke Kyoto Station
Akhirnya jumpa Kyoto Tower
Jom balik ke hotel..penat sudah. 

End of Day 5

NUFFNANG