You can click on me :-)

Sunday, 19 March 2017

Haw Par Villa Singapore

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,



Ehem...ehem...ehem...fuhh lama betul tak tulis entri baru. SS berkali-kali tanya "bila u nak up entri baru ni..banyak cerita dah basi 😜"

Adehla...malas betul nak taip kekadang terfikir...ada ke orang nak baca apa yang aku tulis, apa yang aku share..pastu JM perasan bilangan follower juga berkurang (unfollow)....ahaksss! padan la dengan muka ko JM..malas lagi update blog 😅

Dah..dah..dah...tak nak mengarut lagi..ni JM nak share satu tempat menarik yang wajib dikunjungi jika pergi ke Singapura.

Nak tahu menarik ke tak...tengok ni...

Menarik kan!! Jangan tiru aksi ini..orang dah berusia je boleh buat aksi ni kah kah kah
HAW PAR VILLA? rumah siapa yang JM pergi ni?

Ahakss...kalau nak tahu bacalah dulu...

Haw Par Villa adalah sebuah taman tema yang terletak di sepanjang Panjang Road Pasir, Singapura. Taman ini mengandungi lebih 1000 arca dan 150 diorama gergasi yang menggambarkan adegan dari mitologi Cina, cerita rakyat, legenda, sejarah dan ilustrasi pelbagai aspek Konfusianisme. 

Haaa..faham ke tak? bukan Taman Tema seperti Universal Studio tu...

Ceritanya begini..11 Mac lepas JM turun Jay Bee...

Setiap kali balik 'kampung' ke dua JM kat Jay Bee tu...kampung ke dua katanya 😄😄😄😄..SS dan HH mesti akan ajak JM masuk Singapore..toy place dorang terutama Bugis Junction...kedai ABC Bargain menjadi pilihan kami bertiga...semua barang kat kedai tu di jual dengan harga serendah SGD1..korang rasa?

Ada pelbagai jenis produk seperti penyegar udara, bateri, biscuits, bijirin, coklat, cleaning supplies, clocks, rempah, dental care products, minuman, produk rambut, perkakasan, berlesen disney products, perfumes, pisau cukur, span, alat tulis dan banyak lagi memang heaven!

Kami masuk Singapore sehari je masuk awal pagi balik Malaysia lewat petang tapi hari tu kami balik awal sikit jam 7 malam dah sampai rumah sebab esoknya HH masuk keje tak nak dia penat.

Malam sebelum bertolak ke Singapore tu, HH google satu tempat yang agak menarik, No Admission Fee..Haw Par Villa..terus kami decide nak ke sana pastu baru pergi Bugis Junction dan solat di Masjid Sultan.

******Perjalanan ke Haw Par Villa Singapore******

Keluar rumah awal pagi jam 8 lebih kurang pastu pegi sarapan kat gerai bawah pokok. Berpusing jugaklah cari parking sebab penuh. Ramai yang nak masuk Singapore singgah makan kat gerai tu tak jauh dari Bangunan Sultan Iskandar (BSI). JM makan nasi lemak itupun dah last plate sebab dah habis, SS makan bihun goreng dan HH makan roti canai..not bad la rasa makanan kat situ.

Selesai makan terus ke Bangunan Sultan Iskandar parking kat sana. Kalau parking kat sini jangan harap leh dapat parking di level 1 tu sentiasa penuh tapi kami bernasib baik dapat parking level 4. Tapikan JM perasan tau..kat level 4 tu banyak parking kosong tapi dorang still nak parking kat level 3 sampai menghalang laluan..alasan? Malas nak naik turun lift sebab dari level 3 terus ke Immigration Check tu..itu lah punca rakyat Malaysia ni tak sihat tak suka jalan jauh sikit kalau boleh nak parking depan pintu masuk..adeh!

Bila dapat parking terus ke Malaysian Custom untuk scan passport pastu turun ke terminal bus, naik bas No 170 bayar RM2.10 atau SGD0.70 untuk sampai ke MRT Kranji Station. Pastikan jangan hilangkan tiket bas tu beli tiket bas semasa naik bas. Biasanya HH yang uruskan dia bayar tambang kami berdua cari tempat duduk dan ikut nasib kadang dapat la seat kadang berdiri lah sampai Singapore Custom.

Kebetulan kami masuk Singapore hari Ahad jadi tak lah terlalu ramai yang beratur untuk clear passport berbanding kalau masuk hari Sabtu...beratur untuk clear passport je almost 1 hour tau.

Dah siap cop passport turun ke terminal bas cari bus no 170 just tunjuk je tiket bus tadi duduk diam-diam dalam bas dan turun di MRT Kranji Station. HH pergi top pup kad MRT SGD10 setiap kad jadi tak perlu la nak beratur beli tiket boleh terus touch je.

Kalau nak ke Haw Par Villa ni mudah je dari Kranji Station turun di Haw Par Villa Station exit A tapi perlu transfer beberapa line. Haw Par Villa tu just bersebelahan dengan station di sebelah kanan. Bagi mereka yang ingin masuk Singapore dari Senai International Airport boleh naik Airport Shuttle Bus .

Dah sampai! Jom ikut JM kita tengok apa yang ada di sini.

Turun di Haw Par Villa Station Exit A, belok kanan
Haw Par Villa dulu dikenali sebagai Tiger Balm Garden
Masuk FREE!!!!!!!
Jom masuk tengok apa ada kat dalam
Kami disambut oleh lelaki ni..siapa dia ni? eh! lelaki ke perempuan
Jom jalan lagi
JM letak gambar ni kat IG..sorang pun tak boleh guess tempat ni kat mana hihhihi
BLUE!! kalau PINK mesti lagi sweet hihhihi
JM dan Merong Mahawangsa eheheehh
King Kong
Pakai lah makeup tebal macam mana pun kalau dah rupa mamcam tu...adeh!!!!
Sila letak caption sendiri hehehe
Ahli Sumo
Tok Janggut
Berebutlah ko heheheh
Batu bata
Pintu Gerbang
Taman yang cantik lagi berseri bila ada siput sedut kat situ keh keh keh
Hai! jangan tenung lama-lama eheheeh
Agak luas tau tempat ni boleh spend masa 1 jam kat sini...kami just ambil beberapa keping gambar kebetulan cuaca pulak agak mendung jadinya sebelum hujan turun kami terus ke Bugis Station.

Tamat 😐

31 comments:

  1. Tu diaaa... nyen nyen sape tu jay emm? 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip 😬 Ikan duyung cekci

      Delete
    2. Wah spore yg amazing xpernah sampaipun

      Delete
  2. Yang pasti... milo singapore jauh lebih baik dari milo malaysia yg keladak tu...

    ReplyDelete
  3. Sape yg unfollow jay emm tu? Bangang naaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. X pasti siapa tapi yang pasti bilangan follower tu berkurang..mgkin follow just syarat nak join GA hurmm

      Delete
  4. Replies
    1. Ye Mak! Tak leh cakap bebukan takut balik x leh tdo

      Delete
  5. Ohh..dh ngaku kampungmu kampungku jua ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahakssss..bila Mak nak datang Jay Bee

      Delete
  6. Siput sedut pakai tetek! Ha ha ha

    ReplyDelete
  7. SS dan HH tak jemu2 gi bugis street ye..mak ni nk g hatyai pun fikir byk kali bila rm merudum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaa Mak..pegi je Hatyai tu sbb kalau di tunggu nilai RM tetap x pulih

      Delete
  8. hahaha.. penat sume orang teka.. terjawab jugak akhirnya

    ReplyDelete
  9. hi Sis JM ~ lame no ilang.. siki lagi ilang lagi an.. ??? hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eheeheh Firah..sis JM datang sebulan sekali

      Delete
  10. nanti kalau nak ilang, tinggal bekal kat sini bebanyak sikit tau.. jangan la bior bekal tu basi..:p

    ReplyDelete
  11. Amboi cekci-cekci patung kat situ, hahahahaha.

    ReplyDelete
  12. tak jem ke masuk Singapore naik bus?

    ReplyDelete
  13. macam macam ada kan...wah admission free erk...menariknye....

    ReplyDelete
  14. kalo malam depa hidup tak ? jeng jeng jeng

    ReplyDelete
  15. macam macam eh monument tue ... takut pon adeiii nie banyak mistik

    ReplyDelete
  16. Amboii cekci bebeno awek tuuu..hehhe

    ReplyDelete
  17. Ala kt kampung singapore pon xtahu ada tempat ni. Tq for review JM. Miss you

    ReplyDelete

Komen apa2 je!!!
Kunjungan anda akan di BALAS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang