Monday 26 January 2015

"Kekasih Hati" datang lagi!

Assalamualaikum dan salam sayang semuanya,


Hai..Hai..Haiii...ini yang membuatkan hati JM berdebar-debar sampai tak tidur malam ni. Kenapa dengan nko JM..dapat penyakit angau ke?

Tak lah....Kekasih JM datang lagi heeeeeeeee...ngada-ngada!

Kepada kaki travel mesti korang dah boleh guess siapakah kekasih hati JM tu kan heeee.


Hari ni Air Asia buat sale No Fuel Surcharge bila check tarikh dapat tiket ke Seoul RM566 (return on winter) dan tiket ke Tokyo pun around RM548 (return on Autumn). Argghh....kalau duit berkepuk dan tak ada trip this year memang takkan fikir panjang. MURAH sgt!!!.

Banyak lagi tempat menarik dengan harga yang boleh meruntun jiwa seperti Melbourne, Perth, China, HK....Bangkok

JM belum pernah bersalji di Seoul, so teringin sangat nak berwinter sonata.

15 Jan 2016 - RM249?
21 Jan 2016 - RM317?
Total RM566?
So macam mana eh..haruskah JM grap je tiket ni tanpa fikir panjang. Ehh..ko ni JM..asyik Seoul je every year dah tak ada tempat lain ke ko nak pegi huhuhu.

Apa pendapat kawan-kawan kesayangan JM sekalian heee. Ada tak yang sudi temankan JM pergi bercuti ahakss

Jadi kepada mereka yang masih mencari-cari destinasi for end of this year until March 2016 sila layari website Air Asia sekarang.

Saturday 24 January 2015

Penghargaan kepada pembaca blog JM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan reader,


Tujuan entri ini di keluarkan adalah untuk impress my feel to alls my readers blog. YESSS!! ini adalah ucapan terima kasih ikhlas dari hati kerana sentiasa support blog JM walaupun ada kalanya entri tidak di kemaskini secara konsisten sehingga ada rakan reader yang 'BERSIN' bila singgah sini ahahaha....apa boleh buat kerana kekangan masa. JM juga  sibuk membuat kunjungan balas semua blog reader yang datang ke sini.

Traffic blog sentiasa meningkat setiap hari
Dengan kehadiran kalian semua - traffic blog JM sentiasa meningkat, mendapat kepercayaan dari nuffnang dan JM juga dapat ramai kenalan di alam maya.

Tidak lupa juga kepada semua follower blog JM Travel List yang semakin bertambah, i will follow u back

Saturday 17 January 2015

"Rezeki" sebagai Penulis Blog


Assalamualaikum dan salam sayang buat semua blogger dan reader,

Fuuhhhh...fuhhhh...nak cuci habuk dan sawang di BLOG ni..rasanya lebih baik guna vacum sebab banyak sangat habuknya.. Almost 2 weeks JM tidak kemaskini atau publish cerita baru..2 minggu kawan-kawan!...biasa paling lama pun 4  - 5 hari je kali ini memang PARAH. Mood untuk update blog dan share pengalaman travel semakin merudum.

Last publish on 3 Jan sebelum bertolak ke Pasir Mas bagi menghadiri misi banjir di sana. Ramai yang minta up kan story berkaitan, so in sha Allah ada masa JM kongsi di blog.

Dalam tempoh itu juga ramai yang tertunggu-tunggu entri sambungan travel di Seoul dan Busan serta yang terbaru pengalaman travel ke Utara Thailand. Masih terdapat lagi kisah percutian di Krabi dan Phuket, juga belum di kongsi dan tersimpan rapi. I'm so sorry to all my dear bloggers and readers kerana seminggu dua ni JM sangat sibuk balik dari pejabat hampir jam 6 petang bila sampai rumah penat, mood nak menulis entah ke mana. Hanya mampu blog walking beberapa blog rakan reader je itu pun masih banyak blog JM hutang blog walking.

Nak tulis blog ni pun perlu ada mood dan idea, ketika dalam keadaan waras dan cergas otaknya supaya nanti dapat menghasilkan sesuatu yang bermanfaat kepada pembaca. Betul tak?

Wahhhh..panjang nya intro, moh kita ke topik sebenar.

JM terima hadiah atau ole-oke dari rakan blogger tapi x lah berbungkus cantik begini :-)
"Rezeki as a blogger?"

Saturday 3 January 2015

Gift for Top Commentar Dis 2014


Assalamualaikum dan salam tahun baru 2015,

Setiap kali nak update entri baru mesti tertangguh...

alasan? keep blog walking blog kawan-kawan yang rajin dan setia singgah di blog JM..masih banyak lagi blog JM hutang BW..sorry kawan-kawan tiada banyak kesempatan waktu untuk berbuat demikian tetapi jangan risau kunjungan tetap akan di balas antara cepat atau lambat je.

Setiap kali masuk bulan baru atau tahun baru, JM akan listkan senarai Top Commentar Of The Month dan berikut adalah antara rakan blogger yang rajin tinggalkan komen di blog bagi bulan Disember 2014.

Top 10 Commentar on Dis 2014

Mereka rajin tinggalkan komen

Thursday 1 January 2015

Welcome 2015!!!


Assalamualaikum dan selamat tahun baru 2015 buat semua,

Pic taken at Jim Thompson Farm
Short entri kiranya ni..

Semua orang up entri wish Happy New Year then JM juga terpanggil untuk publish a short entry jugak ...tak nak kalah katanya heheheh.

Hari ni selepas detik 12.00 pagi maka bertambah lagi satu tahun dari 2014 kepada 2015 berlaku perubahan di situ tetapi JM masih orang yang sama cuma umur sahaja semakin bertambah begitu juga kedutan di muka  :-)

Tahun ini tiada sambutan ambang tahun 2015 bagi menghormati nasib rakan-rakan kita yang di timpa bencana banjir, sangat simpati dengan nasib mereka.

Sebut sahaja tahun baru mesti sinonim dengan Azam Baru, semua baru tetapi tidak bagi JM...tidak setup apa-apa azam kecuali telah tanamkan dalam diri agar menjadi manusia yang lebih baik, cuba perbaiki diri dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.wt Aminnn.

Tahun 2014 adalah tahun yang penuh dengan kemanisan kerana dapat ramai kenalan di alam maya x terhitung dengan jari, terima kasih uolls kerana sudi menjadi kawan JM di alam maya dan ada di antara mereka juga telah JM jumpa di alam realiti antaranya BibiErr, Hafiz Azmi, Mrs F, CT Humairah, Zilla dan Pencerita Maya. JM harap dapat berjumpa dengan kenalan maya yang lain pada tahun hadapan terutama SuperMeng Malaya hohohohoh.

Di samping kemanisan itu terdapat juga pahit di sebaliknya, so yang pahit itu lempar jauh-jauh dan tidak mahu di kenang lagi.

Kepada rakan blogger semua yang sentiasa setia bersama blog Jari Manis Travel List, JM harapkan korang tidak bosan untuk terus 'mengembara' bersama dan JM ucapkan ribuan terima kasih dan nantikan kunjungan balas dari JM nanti.

Akhir kalam, jika terdapat kata-kata yang mengguris hati ketika JM menulis blog atau tinggalkan komen mohon di maafkan, jangan simpan di dalam hati dan jika ada yang terbuku di hati sila luahkan. I'm Open Minded Person.

Kita tutup buku lama dan bukak buku baru.

Harapan JM agar semua impian dan azam kawan-kawan semua tercapai amin.

Adakah JM akan berhenti 'travel' pada tahun hadapan? In Sha Allah jika ada peluang akan mengembara lagi melihat dunia luar tetapi jauh di sudut hati masih ragu-ragu, risau dan takut susulan daripada tragedi yang menimpa pesawat MAS dan Air Asia.

SELAMAT TAHUN BARU 2015

NUFFNANG