Monday 28 April 2014

Spring at Japan : Ueno Area, Tokyo

Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat sekalian,


Hoyeee...meh kita tutup buku lama ...buka buku baru yee

Hari ke dua 05 April 2014 (Sabtu)

“Misi mencari Sakura di Ueno Park”

SPRING SEASON MEMANG SINONIM DENGAN BUNGA SAKURA.

Sakura di sana sini
Inilah adalah kami pertama JM join travel bersama 2 org jejaka tampan, eh tampan ke..dan kali pertama juga JM berkenalan dengan dorang. So pada mula nya agak kekok sebab masing-masing masih belum kenal hati budi dan tak pasti kami akan serasi atau tidak. Jadi biar masa menentukan segalanya...haa..boleh gitew.

Friday 25 April 2014

JM ada peminat misteri

Assalamualaikum dan salam sejahtera  semua,



HAHAHAHAHA...blog JM makin glamour sekarang apabila menerima komen yang begitu 'HANGAT' sekali...dek kerana blog JM hanya sekadar COPY dan PASTE info dari google then somebody says boleh di jadikan Wikipedia katanya....aduh lahh....apa boleh buat, itu cara JM menulis..bukan copy & paste dari blog org...di mana salah JM sebenarnya..jika tidak suka tidak perlu baca..kenapa perlu 'serang' sebegitu sekali...JM tak pernah buat onak dan duri di blog orang lain tapi...entahlah maybe inilah asam garam dunia blogging..so byk bersabar ye JM...

Susulan dari komen tu JM terima email ni

Email pertama

Email kedua susulan dari email pertama
Terima kasih kepada semua follower dan pembaca setia blog JM yang semakin bertambah....i'm really appreciate it. Apa yang di kongsi di sini tiada niat di hati untuk mengumpan sesiapa tapi dengan ikhlas hati untuk memudahkan semua yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia travel..here is one stop information. Blog ini tidak sesuai bagi mereka yang bijak mendapat info di hujung jari...Mohon maaf jika ada yang tersinggung perasaan. 

Ikhlas dari JM. Wasalam

Thursday 24 April 2014

Spring at Japan : Day 1 (04 April 2014 - Jumaat) – Tokyo & Shinjuku

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

“Step into TOKYO”

Selepas 3 jam perjalanan dengan Shinkansen yang laju tu, akhirnya kami berpijak di bumi TOKYO…hello TOKYO, JM dan rakan-rakan dan sampai…ahahaha..ada orang kesah nko dah sampai ke belum…Uwwaaa…dah excited nehh

Teringat dengan kata-kata blogger Dzuli di mana 2 entry yang lepas asyik story pasal transportation je bila nak sampai Tokyo nye heee..ok..ok..entri kali dah sampai..”Biasalah JM tu nak story mory dengan detail..kalau tak detail rasa macam nasi bersama lauk tidak bergaram gitewww…

JM tak tahu lah cara orang lain tapi JM nyer style suka explore dan dapatkan dulu semua info yang berkaitan TOKYO ni sebelum travel ke sana, ibarat seperti mendapatkan sedikit gambaran walaupun samar – samar dan semua info ni boleh di perolehi melalui pak cik google antara rajin atau tidak je.

Sebelum sambung story panjang perjalanan dari Tokyo Station to Hotel, meh JM tulis sedikit maklumat untuk perkongsian bersama.

Tips before travel to Japan :

“Japan has four distinct season. You can enjoy the beautiful nature of each season along with many seasonal events. In enjoying the seasonal aspect of Japan, you will more fully enjoy Japan” – dengar tu

Spring Season (Mac – April – Mei)

Bunga Sakura  yang JM snap di Ueno Park

Tuesday 22 April 2014

Spring at Japan : Day 1 (04 April 2014 - Jumaat)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

Intro kepada entry kali ini...orang nak selfie..Jm pun tak nak kalah..sekarang ni kan di mana-mana sahaja terutama dalam FB femes dengan SELFIE...tapi kami bukan selfie TAPI twofie (untuk 2 orang ahahaah)

Ber twofie dalam flight perjalanan dari KLIA ke Kansai International Airport, Osaka
Korang jangan cakap apa-apa eh...tengok je...2 orang minah perasan ni heeeeeeeeee

Okey..kita sambung dari entry yang lepas...

Hari pertama di bumi Jepun sebaik sahaja selesai dapat JR Pass, kami akan bertolak ke Shin – Osaka Station dengan menaiki Limited Express Haruka arah ke Kyoto di platform 4 seperti gambar di bawah. Tempoh masa perjalanan adalah 50 minit dan masa bertolak adalah jam 7.55 pagi. tren akan akan berhenti di beberapa buah stesen dan stesen terakhir adalah Kyoto Terminal. Untuk makluman semua, sekiranya ingin ke Tokyo Station perlu naik Shinkansen/Bullet Train dari Shin-Osaka Station.

Friday 18 April 2014

Spring at Japan : Arrival Day (04 April 2014)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua,

"Spring Season at Tokyo"

Kepada mereka yang ingin tahu kisah percutian Jm ke Jepun selama 11 hari 10 malam, mari dekat mari rapat-rapat meh...nak tahu best ke tidak..hahahah..harap2 bukan PROPA je lebih kan...

Jm tahu mesti ramai rakan pembaca dan blogger lebih berminat nak baca story percutian Jm ke Jepun, so sambungan percutian di Phnom Penh , Krabi dan Phuket  akan Jm kongsi selepas story Jepun.

Seperti biasa sebelum travel ke mana-mana destinasi, Jm akan buat preparation dengan teliti agar semua berjalan lancar seperti di rancang bermula dari :

1. Booking tiket flight
2. Booking Hotel
3. Beli Japan Rail Pass (JR Pass)
4. Beli JR West Pass
5. Tukar matawang RM to Yen (1000yen - RM32.80)
6. Prepare Itirenary
7. Dapatkan Tokyo route map, Kyoto, Kobe dan Osaka Subway map secara source copy atau hard copy

Untuk info lanjut boleh refer entry  SINI 

Trip kali ini terdiri daripada 4 orang yang mana 2 gadis manis dan 2 orang jejaka hensem hahahaah…kembang montot lah kalau dorang baca entri ni. Kami akan cover Tokyo (5 hari 4 mlm), Kyoto (3 hari 2 mlm) dan Osaka (5 hari 4 mlm).

Route trip : Kansai Airport - Shin Osaka - Tokyo - Kyoto - Nara  - Kobe - Osaka - Kansai Airport - KL

Credit to Google : Japan Map
Flight kami ke Kansai International Airport (KIX) adalah pada jam 11.45 malam 3 April 2014 dan sehari sebelum bertolak ada berINSTA dengan blogger Bibie Karim dan rupanya kami akan fly in the same flight…wah adakah ini satu suratan atau kebetulan. Apabila dapat tahu akan fly sama-sama rasa berdebar-debar dan tak sabar nak jumpa dengan beliau. Sebelum ni hanya mengenali melalui laman blog je dan just komen blog each other.

Wednesday 16 April 2014

Air Asia - Red HOT sales

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan Jm semuanya,


JM dah balikkkkkkkkk....wahh..itu pun nak heboh satu dunia kan heee

Alhamdulillah, tepat jam 12.00 malam 15 April 2014 Jm selamat sampai di rumah dan esoknya terus masuk kerja...gigih tak?..

Semalam Jm dapat info dari blogger DJ bahawa hari ini 16 April, Air Asia ada buat Red HOT sales only for one day...jadi pepagi lagi terus terjah dan hasilnya :

Only Travel to 4 countries
Oleh kerana JM tergoda dengan harga tix nya..tanpa fikir panjang terus rembat tiket RM193 return to Bangkok. Ini adalah kali pertama JM travel solo ke sana kerana apabila di tanya rakan-rakan lain tiada yang berminat. Jika ada yang ingin teman JM boleh beli mengikut tarikh ni ek.

Ini kerja gila sebenarnya...tak pasti JM berani ke tidak nk ke sana sensorang, kawan-kawan rasa selamat tak kalau travel solo ke Bangkok ni.

Departure on 14 Jun 2014 - Saturday
Arrive at Msia on 19 Jun 2014 - Thursday

Baru je balik dari Jepun terus cari tiket ke tempat lain...hai...apa nak jadi lah ngan JM ni kan...

Kepada kawan-kawan di luar sana, jika ingin follow JM jangan malu2 just email me ok.

Wasalam.

Sunday 13 April 2014

Last Day in Japan

Konni kecewa,

Today is the last day in Japan, tomm dh nk berangkat balik msia huhuhu. Tapi hari ni memamg bahagia nak tahu kenapa, shopping time.

Korang nk tahu x, sebenarnya x perlu duit byk klau ingin berbelanja di jepun, x semua brg mahal. Jm dpt beli luggage bag dgn harga Rm226 bg 30kg++ dan spring coat dgn harga rm3.28 . Ini bukan salah taip yer harga spring coat tu adalah 100yen bersamaan Rm3.28 heaven tak? Jika nk tahu kt mana nk beli brg murah ni, jm blk nati jm kongsi info ek

Hasil rembatan

Saturday 12 April 2014

Live Update From Osaka Day 3

Konniciwa,

Jm bersiaran lagi heeee, hai Jm ni udah udah le buat life update tu buat orang lain jelezzz je heeee. Tak lah bukan itu niat Jm just nak kongsi tempat2 yg boleh d terjah bg mereka yg ingin dtg ke Jepun dlm masa terdekat ni, so leh prepare itirenary nanti

Kobe Port

Friday 11 April 2014

Live Update From Osaka Day 2

Konniciwa heee,

Ada saper2 yang dah rindu sama Jm kew ahahaha ayat, sabar ye lagi 2 hari Jm balik. So hari ni Jm ke Universal Studio Japan, Osaka. Nak tahu best ke tidak tunggu Jm story nanti ek

USJ Osaka Japan

Wednesday 9 April 2014

Live Update from Kyoto Day 2

konnichiwa,

Hari ni Jm ke Bamboo Forest. Nantikan full story bila Jm balik nanti ek

Bersantai di Arasiyama

Live Update from Kyoto day 1

Assalamualaikum semua,

Mohon maaf coz Jm x sempat nk relpy semua komen korang, balik nanti ehh..kepada reader baru thank you for stoping by. Jepun mmg best u ouls mesti dtg sini.

Fushimi Inari, Geon Street dan Kyoto Tower

Monday 7 April 2014

Live Update Day4 : Mount Fuji

Assalamualaikum kwan kawan,

Jm masih di Tokyo esok pagi baru gerak ke Kyoto. Nak tgk mount fuji meh Jm kongsi sikit :. Subhanallah terbentang di depan u oulssss. Kepada mereka yg belum ke sini you ouls must come here

At Hakone, mount fuji....sejuk sangatttt

Sunday 6 April 2014

Live Update Day 2 : Night at Shibuya

Assalsmualaikum kawan,

Hari nj jm nak update aktiviti mlm pada hari ke dua kami ke Shibuya Crossing Road yang femes tu. Tak sempat nak reply komen kawan2 dan terima kasih for drop by ye.

At Shibuya Crossing Road

Saturday 5 April 2014

Live Update Day 2 : Tokyo SkyTree & Ueno Park

Assalamualaikum,

Ada yang rindu sama jm x, kalau rindu sila tatap wajah wajah in hahahaha...bersakura san katanya

Ueno Park

Thursday 3 April 2014

Live update - now at klia

my dearest friend you ouls kenal x siapa ni kami ke destinasi yg sama  same flight

ramah betul si Bie ni cam lama kenal pastu cam x puas borak ngan dia tau

we are waiting for boarding on 11.45pm



First time TRAVEL with M.A.S

Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan JM semuanya,


Wahhh...nampak tak ceria betul JM hari nih heeeee.....ye lah mana tak ceria nyer JM nak terobang lagi ...ke mana kalau bukan ke Negara Matahari Terbit tu..rasanya semua reader blog JM dah tahu kan...

Ini juga kali pertama JM travel bersama MAS kalau tak sebelum ni setia dengan Air Asia kan...Tak PERCAYA? meh kita lihat...

Kredit to Google : Air Asia - now everyone can fly
Already Fly from 2012 - 2014
Waiting to Fly
So, JM harapkan doa dari kalian agar perjalanan JM selamat pergi dan balik ye...bukan untuk JM jer setahu nya ada beberapa lagi rakan blogger lain yang akan ke sana dalam masa terdekat ni.

Masa untuk ber cherry blossom di sana, JM dengar April is the perfect time.

Antara preparation already DONE :

1. Flight Ticket - booking tiket MAS semasa sale so dapat return ticket to Osaka all in  RM903
2. VISA - visa tidak di perlukan untuk ke Jepun mulai Julai 2013.
3. Passport - pastikan passport yang belum tamat tempoh.
4. Booking hotel - kawan JM yang uruskan, disebabkan last minit booking hotet, hostel, capsule serta semua penginapan yang murah solt out. So rugi di sini perlu bayar penginapan yang mahal. Budget untuk penginapan JM akan kongsi dalam summary budget.
5. Attraction Place - List all attraction place and how to get there, JM refer google dan blog rakan travel yang pernah ke sana seperti blogger John, Ren, Orga, Supermeng, DATT, Putri Maryam dan Touchdown tokyo (akak Roppongi)
6. Prepare itirenary - Itirenary adalah subjek yang mesti di sediakan sebagai panduan.
7. Money Exchange - buat tukaran mata wang dari RM kepada Yen dan JM dapat rate 1000Yen = RM32.80.
8. JR Pass/JR Railway Pass - Jika nak naik shinkansen/bullet train lebih menguntungkan beli JR Pass, kebetulan ada matta fair di PWTC pada 14 - 16 Mac 2014, kami beli JR Pass di booth Japan Travel Beaurau dengan harga RM920 (28,200 yen) valid for 7 days.
9. Kansai Area Pass - RM195 for 4 days (beli di Mata Fair)
10. Ticket Universal Studio Japan - RM217 (beli di Matta Fair)

Belum berangkat lagi dah habis beribu riban kan..ini bukan kategori Budget Traveller dan kalau nak budget travel boleh refer Kaki Berangan a.k.a John or Janggeltrekker a.k.a Ren

Are you ready JM?
Kredit to Google : Cherry Blossom at Euno Park
Kredit to Google : Cloced up sikit
Dulu JM ber Cherry Blossom di Seoul Korea dari 19 April - 25 April 2011 almost 3 year, so sekarang mencari bunga sakura yang cantik ini di Tokyo, Osaka, Nara, Kobe dan Kyoto Japan. Doakan JM selamat pergi dan balik ye In Shaa Allah.

Ada rakan bertanyakan kepada JM nko tak takut ke nak naik flight selepas tragedi yang berlaku ke atas MH370 tu, mana tidak nya...kita kan manusia biasa perasaan takut tu sentiasa ada tetapi JM lebih takut kepada Azab Allah. Jadi sentiasa berdoa kepada Allah agar di lindungi dari musibah yang tidak baik Aminn. Sesungguhnya Allah maha melihat dan maha mendengar. Sentiasa takut kepada Allah...amal makruf nahi mungkar.

First time travel with Malaysia Airlines
Let's go Abang Meng...fly with me :-)
JM akan kongsi sedikit saat-saat manis kami di sana nanti yek.

Salam sayang buat semua...

Keep on smiling hokeyy
Wasalam!!!

NUFFNANG