You can click on me :-)

Thursday, 18 August 2016

Trip Solo : Jim Thompson House Museum, Pratunam Mall, Pratunam Market, Terminal 21, On-Nut Night Market & Siam Paradise Night Bazar at Bangkok City

Assalamualaikum dan salam sayang buat reader yang JM ingati selalu,

Nampak tak nampak tak..tajuk entri pun dah panjang 5 gerabak keretapi, gara-gara nak habiskan story trip solo ke Bangkok City setahun yang lalu pada 23 Julai - 28 Julai 2015.

Perlu habiskan entri ni sebagai kenangan di hari tua nanti heeee..itu pun kalau umur panjang..aminnnn

Entri lepas sila korek kat sini Surau di Siam Paragon

JM tahu ramai yang beminat nak tahu kisah kena tinggal di tepi highway tu kan..so sabar ehh..nanti akan di kongsi cerita tu. Ni pun, dah lama tak update entri, page view dari 2 ribu sehari jatuh teruk ke 1000 sehari huhuhuh...ohh tidak!!!!!

Meh kita sambung!

Selesai solat di Paragon Mall, JM plan nak ke Jim Thompson House Museum, sebenarnya tak minat masuk museum ni, tengok peninggalan sejarah semua itu sebab waktu belajar sekolah menengah dulu pun JM paling tak minat subjek Sejarah.

Jim Thompson House Museum

Thursday, 11 August 2016

Servis Tuk Tuk TERBAIK dan MURAH di Hat Yai

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog JM,


"Hat Yai Trip bersama SS dan HH"

Best naik tuk tuk berangin jek - muka excited dalam perjalanan ke Grand Plaza Hotel dari Hat Yai International Airport
Baru - baru ni JM ada trip ke Hatyai bersama orang kesayangan SS dan HH, kenal tak? Mesti ramai yang kenal dengan 2 nama ni.

Awal nya mereka berdua dah ada tiket tapi dalam bulan 5 camtu kalau tak salah, JM suarakan hasrat kat SS nak ikut dorang travel bersama, pastu dia cakap pergi beli tiket. apa lagi hati berbunga-bunga cinta lah hihihih.

Ini trip kali ke 2 ke Hatyai, trip pertama dulu tahun 2013 naik keretapi dari Kuala Lumpur Central ke Hatyai Station. Trip kali ni dari 31 Julai - 2 Ogos 2016 naik kapal terbang.

Semua tahu Hat Yai sebuah bandar di Thailand yang terletak di sempadan Malaysia, sangat popular di kalangan pelancong terutama rakyat Malaysia kerana Hat Yai terkenal dengan makanan HALAL yang sedap terutama Tom Yam!

"Adeh!! masih teringat kesedapan Tom Yam di Restoran Salma..bertambah sedap dan selera bila makan bersama orang tersayang....ahaksss!!!!!"

Friday, 22 July 2016

Short Trip 2 Days 1 Night

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua reader blog,

"Semangat semakin hilang"

Mood malas melekat kat badan, adehh!! camne nak buat ni..kena mandi bunga ni hihihih...

Berapa lama JM tak update blog..ada yang perasan tak? semangat untuk update blog makin merudum..tolong!! minta semangat sikit..jeling SS dan Cikgu Ceketed yang rajin update tu.

Page view blog juga semakin kurang..i must do something. Bukan tak ada story nak share tapi nak mula menulis tu..adeh!!!

Nak 'jalan-jalan cari pasal' kat 'umah' kawan-kawan pun malas..huhuhuh

Hujung bulan Jun yang lepas JM ada urusan di Alor Setar, Kedah. Siapa masih ingat, JM ada update dalam IG..short trip 2 hari 1 mlm.

Bertolak dari KLIA2 seawal jam 7.00 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim lebih kurang jam 7.45 pagi.

Dari airport ke bandar boleh naik teksi berkupon, beli kat kaunter di arrival hall, harga standard ke Bandar Alor Setar RM25.00.

JM stay di Regency Hotel Alor Star, Lokasi sangat strategik just walking distance je kalau nak ke Pekan Rabu, Istana Kuning, Menara Alor Setar dan Aman Mall (sebuah shopping mall terbesar di Alor setar dan baru siap di bina beberapa tahun lepas) if i'm not mistaken.

Sebagai rujukan bersama

Friday, 1 July 2016

Salam Lebaran dari Rakan Blogger

Assalamualaikum dan salam ramadhan buat semua reaer blog JM,


Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana kita masih lagi bernafas sehingga ke hari ini. Selagi hayat di kandung badan, perbanyak kan amalan-amalan baik terutama di bulam Ramadhan kerana pahala yang Allah berikan berlipat kali ganda kalau nak di bandingkan dengan bulan-bulan Islam yang lain.

Ahaksss...cam ayat buku tak? tapi belum boleh challenge entri Cikgu Ceketed kerana bahasa yang di gunakan sangat teratur.

Semalam JM pos beberapa keping kad raya untuk rakan blogger, balik umah petang tu tengok peti surat..mak aih!!! banyak nye kad raya...sambil senyum lebar kat peti surat tu...dan mula lah perasan diri tu RERUPIS ahakssss.

Berkeping - keping kad raya dari blogger
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Advertise Nuffnang

2348 2349 2352